Kurikulum Kebangsaan adalah suatu program pendidikan yang termasuk kurikulum dan kegiatan kokurikulum yang merangkumi semua pengetahuan, kemahiran, norma, nilai, unsur kebudayaan dan kepercayaan untuk membantu perkembangan seseorang murid dengan sepenuhnya dari segi jasmani, rohani, mental dan emosi serta untuk menanam dan mempertingkatkan nilai moral yang diingini dan untuk menyampaikan pengetahuan.
Monday, August 24, 2009
Kurikulum Kebangsaan
Posted by deQma_seNsei at 9:39 AM 0 comments
6 Teras Strategik Pelan Induk Pembangunan Pendidikan:
· Membina Negara Bangsa
· Membangunkan Modal Insan
· Memperkasakan Sekolah Kebangsaan
· Merapatkan Jurang Pendidikan
· Memartabatkan Profesion Perguruan
· Melonjakkan Kecemerlangan Institusi Pendidikan
Posted by deQma_seNsei at 9:29 AM 0 comments
Wawasan dan Misi Pendidikan Negara
Wawasan dan misi sistem pendidikan di Malaysia bermatlamat untuk menjadikan institusi dan gerak kerja pendidikan sebagai pusat pembangunan manusia cemerlang, sebagai sumber pemantapan nilai-nilai murni bangsa, sebagai arena penyuburan watak masyarakat penyayangdan sebagai kerangka penghayatan semangat cintakan negara.
Posted by deQma_seNsei at 9:27 AM 0 comments
Kata mutiara
" USAH DITURUTI REAKSI EMOSI,
LANTARAN IMPLIKASI TAK SERASI DENGAN APA YANG DIIMAGINASI "
Orang yang bahagia itu akan selalu menyediakan waktu untuk membaca
kerana membaca itu sumber hikmah,
menyediakan waktu untuk tertawa kerana tertawa itu muziknya jiwa,
menyediakan waktu untuk berfikir kerana berfikir itu pokok kemajuan,
menyediakan waktu untuk beramal kerana beramal itu pangkal kejayaan,
menyediakan waktu untuk bersenda
kerana bersenda itu akan membuat muda selalu dan
menyediakan waktu beribadat kerana beribadat itu adalah ibu daripada
segala ketenangan jiwa.
Hadiah terbaik kepada;
Kawan - Kesetiaan
Musuh - Kemaafan
Ketua - Khidmat
Orang muda - Contoh terbaik
Orang tua - Hargai budi mereka dan kesetiaan
Pasangan - Cinta dan ketaatan
Manusia - Kebebasan
Posted by deQma_seNsei at 8:50 AM 0 comments
